To handle yourself , use your head , to handle others , use your heart

Saturday, October 9, 2010

gembirakan aty yg sengsara ,makan aty, sedih & kecewa

Sebenarnya nak menghilangkan

rasa sengsara, sedih dan kecewa
caranya ada banyak, dan
keberkesanannya terpulang
pada ketahanan mental Anda,
emosi Anda, kesabaran Anda.
Tapi saya boleh jamin cara yang
saya kongsikan ni, sebelum saya
menulisnya, telah diguna oleh
kebanyakan orang dan telah
ditulis oleh ramai pakar motivasi,
penulis buku pembangunan diri
dan mereka sendiri telah
melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya
kongsikan 7 tips asas
menggembirakan hati yang
sengsara, sedih dan kecewa serta
cara untuk berdepan dengan
emosi tersebut, saya gabungkan
dengan cara saya sendiri. Kita
mulakan
dengan …
1. Latih Minda Melupakan
Kenangan
Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi
perlu diaplikasi berterusan.
Mengaku saja Anda sering
merasa sedih sebab banyak kali
mengingat kenangan pahit atau
selalu kembali ke memori silam
yang lalu, betul tak? Kita kena
cut connection feeling kita
dengan emosi yang
lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk
melupakan semua tu, selupa
yang mungkin, kasi kosong abis!
Bulatkan azam untuk memfokus
kepada masa depan Anda, cita-
cita Anda, keluarga, kerjaya,
kewangan, keilmuan dan rakan-
rakan.
Anda takkan dapat melupakan
kesemua memori pahit sekaligus,
tapi lakukan step by step dengan
mengalihkan perhatian Anda
kepada perkara lain. Proses ini
mengambil masa, tapi ia boleh
dipercepatkan dengan disiplin
diri.
2. Buang Sikap
Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau
ni, pertama ia menarik nasib tak
baik, masalah dan musibah
tanpa Anda pinta. Kedua,
memberi kesan buruk pada
kesihatan Anda dari segi fizikal
dan mental. Risau membuat
Anda selalu menjadi sedih dan
kecewa, kekadang takut. Untuk
buang sikap risau, belajar untuk
bertenang dan latih diri Anda
mengawal
3. Belajar Rajin
 Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang
Anda ada, apa saja! Misalnya,
ucap syukur kerana Anda masih
ada 5 deria yang lengkap, Anda
boleh melihat dan menarik nafas
tiap kali bangun tidur (dan
bukannya bangun terus sakit
jantung mahpun sudah berada
di ALAM KEDUA), Anda ada
kawan rapat yang memahami
Anda dan Anda mempunya
hanphone kesayangan Anda.
Ucap syukur seikhlas hati,
sebanyak yang mungkin, seikhlas
mungkin hingga rasa syukur tu
meresap jauh ke dalam diri
Anda. Buat banyak kali dalam
sehari.
4. Belajar Menjadi
Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat
membersihkan hati dari perasaan
negatif dan emosi-emosi negatif
(takut, sedih, kecewa. gusar,
menyampah, marah, geram,
cemburu, tak puas hati, dendam,
busuk hati). Seterusnya,
meneutrakan gekombang fikiran
negatif yang melekat bersarang
di minda
Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa
sedih dan kecewa kerana Anda
tak memaafkan kesalahan diri
Anda di masa lalu ataupun Anda
tak memaafkan kesalahan orang
lain tehadap diri Anda satu
ketika dulu, ataupun… Anda
susah menerima hakikat
perbuatan salah orang lain
terhadap diri Anda, yang
membuat Anda sedih, kecewa
dan geram tahap dewa..belajar
menjadi pemaaf dan menghapus
semua ni lalu menarik
ketenangan datang pada diri
Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus
ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi
biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan Anda dan
menjadikan Anda girang. Tonton
video yang lucu, baca cerita yang
lucu, dekatkan diri Anda dengan
rakan-rakan yang lucu serta cari
“funny side” dalam setiap situasi,
agar Anda boleh ketawa secara
automatik. Ketawa dapat
menghilangkan sedih. Buat apa
LAYAN kecewa sedangkan Anda
boleh ketawa? Come on…
6. Ubah
Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi
yang boleh membuat kita
kecewa, sedih dan murung. Tapi,
kita boleh merubah fikiran kita
dan apa yang kita fikirkan
tentang situasi-situasi tersebut
walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari
disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak
berpihak kepada Anda, cari cara
bagaimana Anda boleh jumpa
nilai-nilai positif di
dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana
ia memberi keuntungan jangka
masa panjang. Rezeki Anda
murah dan segala yang baik-baik
datang sendiri pada Anda. Anda
menjadi apa yang
Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk
sedangkan Anda boleh tarik
semua yang baik-baik? Fikir yang
buruk, Anda dapat yang buruk
jawapnya. Ini hukum alam
dinamakan hukum sebab dan
akibat. Dalam kata yang lebih
advance, itu hukum Law Of
Attraction.
7. Hati Mesti
‘Keras’.
Bukan keras sembarangan,
maksudnya kekerasan hati,
kesabaran yang tinggi, pandai
mengawal emosi dan menerima
hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah,
permasalahan dan macam-
macam lagi bukan sekadar
dugaan, tapi balasan pada
perbuatan-perbuatan Anda di
masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu
juga sebaliknya. Cuba ingat balik
kejahatan kecil yang Anda
lakukan pada orang lain,
mungkin ada walau Anda tak
sedar. Itulah perlunya kita
bersikap baik dan berfikir yang
baik-baik pada semua orang,
benda, perkara, situasi dan
keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda
untuk jadi ceria pada keesokan
harinya. Lafazkan dengan nada
berbisik. Relaks, jangan terlalu
mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan
pada diri ini adalah hari yang
baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan
hari yang baru tu hari yang baik,
sungguh baik, sebaik yang
mungkin dari hari yang
sebelumnya.