To handle yourself , use your head , to handle others , use your heart

Saturday, July 30, 2011

Hari 02 - Makna di sebalik nama Blog anda

hai guys , selamat hari sabtu 
ceria ceriakan hari anda dengan senyuman oke 
* senyummmm * 
oke , bbalik dekat title kat atas tu 
" makna disebalik blog anda "
meh cni sya nak cite yea

oke , 1st sekali sya letak name blog nieh fifi natasya 
pastu ble view balik 
sya rase pelik pelik heran
pikir pnye pikir

haaaa ! 
terus dapat idea
" dunia tanpa suara " 

nak tawu nape sya pilih nieh ?
- oke , 1st sbb sya rase ruang nieh ade lah satu cara unutuk kte share ape yg kite tawu
- 2nd , sbb kite bkn nye cakap kat cni so ta dgr pape suara pon kan 
- 3rd sbb ini ada lah alam maya , kan3 ...
- bile di campur darab tolak dapat la " dunia tanpa suara "
hehe .. sbenarnye tipu je 
kahkah sila gelak untuk korang 

actually , sya pilih name dunia tanpa suara sbb rase 
blog adelah satu medan yg kite ta nmpk scara real mean ape yg kite taip tu 
org boleh rase ( feel la konon nye ) .. haa ..betoi ke x ?
korang cakap ke taip kat blog nieh ? =]


fine , lalalalaa da merepek .. hehe ..
anyway selamat menyambut bulan ramadhan 
moh la kite countdown ye 
selamat berpuasa ye kawan-kawan 
semoge ramadhan kali nieh penoh bmakna
* wink wink * 
dah pomis nak jadi budak baek 


Thursday, July 28, 2011

Hari 01 - Satu gambar baru-baru ini anda dan 15 fakta menarik mengenai diri anda




  1. fifi natasya bt mohd nazlan ( boleh pangei fifi , err natasya hudson pon BOLEH . HAHA) 
  2. 19 tahun ( wuhuu~ mude ag kan)
  3. org penang ( ta semesti nye anak mami oke )
  4. suke gelak sampai rasa nak golek golek 
  5. suke nyanyi - ta kesah la sore sedap ke tak yg penting BEST 
  6. suke bgambar - sumpah rase nak kejipkejip mate depan camera HEHE 
  7. suke makan banyakbanyak - tambahtambah kfc ,mcd WAA~ SEDAPPP 
  8. SUKE merajuk ,KUAT merajuk , SELALU merajuk - haha ( tsf pon tawu ) 
  9. suke masak EXCUSE ME  masak makanan yang eden suke laa ..
  10. sangat sangat la sombong SUDAH PASTI 
  11. HAA ~ suke warne pink & purple ( hijau pon bolehh )
  12. suke MAKAN , TIDUR
  13. skrg study dekat  JMTi ( mechatronic engineering , BEST )
  14. cepat bosan , suke usha org ( haha , org yg bfesyen je la)
  15. TENGKU SHAIFUL FAZUAN yang punye =]

haaa.. cukop x 15 ? rase mcm nak tambah je lagi ..haha .. btw have fun oke ! ..nak g bsiap laa ...ade sukaneka SAKURA .. err .. malas gilaa ... :]
papaiii .. syg org yg bace entry nieh ..lalalaaaa~ 

cabarannnnn ?

hai guys ...
senyum lebar skettt ..
*_______________* 
comey aihh .. haha ..
sorry , ri nieh over sket (hehe)
ohh ..ari nieh sya update sbb nak gtawu pasai cabaran nieh haa
macammenarikkaumemangdabommm 
so,ape lagi 
amek copy n paste kan
jom laa kte sahut cabaran niehhh 

nak tag 




Hari 01 - Satu gambar baru-baru ini anda dan 15 fakta menarik mengenai diri anda
Hari 02 - Makna di sebalik nama Blog anda
Hari 03 - Gambar anda dan rakan-rakan anda
Hari 04 - Satu tabiat yang anda ingin anda tapi tidak mempunyai
hari 05 - Gambar tempat anda telah lawati
Hari 06 - Favorite pahlawan super dan mengapa
Hari 07 - gambar seseorang / sesuatu yang mempunyai impak besar bagi anda
Hari 08 - matlamat jangka pendek untuk bulan ini dan mengapa
hari 09 - Sesuatu yang anda berbangga dengan diri anda dalam beberapa hari yang lalu
hari 10 - Songs anda mendengar apabila anda Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Hari 11 - Satu lagi gambar anda dan rakan-rakan anda
Hari 12 - Bagaimana anda mendapat tahu tentang Blogger dan mengapa anda telah buat satu
Hari 13 - Satu surat kepada seseorang yang telah menyakiti anda baru-baru ini
Hari 14 - Gambar anda dan keluarga anda
Hari 15 - latak kan senarai lagu yg anda suka..klau boleh ltak mp3 or video lagu tersebut
Hari 16 - Satu lagi gambar anda sendiri
Hari 17 - Seseorang yang anda mahu untuk menukar kehidupan dengan satu hari dan mengapa
Hari 18 - Pelan / impian / matlamat yang anda dlm tmpoh 5 thun lagi
Hari 19 - nama samaran anda mempunyai; mengapa anda mempunyai
Hari 20 - Seseorang yang anda lihat diri anda berkahwin / bersama pada masa akan datang
Hari 21 - gambaran sesuatu yang membuat anda gembira
Hari 22 - Apa yang membuatkan anda berbeza dari orang lain
Hari 23 - Sesuatu yang anda inginkan
Hari 24 - gambar ibu bapa anda
Hari 25 - Apa yang saya akan ada dalam beg anda
Hari 26 - Apa yang anda fikir tentang kawan-kawan anda
Hari 27 - Mengapa anda melakukan ini cabaran 30 hari
Hari 28 - Gambar anda tahun lepas dan kini, bagaimana anda telah berubah sejak itu?
Hari 29 - Pada bulan ini lalu, apa yang telah anda pelajari
Hari 30 - makanan n minuman kesukaan anda..

Tuesday, July 26, 2011

M O N E Y


ERGHHH ! 
hari ni entry yang bmoodkan " DUIT "
omputeh cakap money 
tibe tibe ase geram bile teringat lirik lagu nieh 
tu ha lagu price tag - jessie j nyanyi --'
oke , nak tawu x kat part mane ?

 " It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag "

erghh ~
nak nyanyi juge laaa 
" we need our money , money , money
please be hurry " 
SERIUS oke ! 
nak guna duet skrg nieh 
perlu ke tiap-tiap bulan 
sya dok minx kat parents lagi ..
huh ! lambattt laaaaa 

nota : tolong cepatttttttttttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 24, 2011

TSF ii


You never know what you have until you lose it, and once you lose it, you can never get it back... -.- ..tsf


 once again


" HILANG "


T.T

Saturday, July 23, 2011

TSF

hari ini tiba-tiba saje hati ni bdetik nak mnaip 
ermm , boleh kan sya ngadu dekat di sini 

_______________________________________________________________________
" tsf , mane awak nieh ? ..
tibe-tibe je hilang mcm tu 
nape henset awak off tibe-tibe nieh
kite ta gadoh pon , baek-baek je kite msg tadi
nape tibe-tibe awak diam je nieh ..
tsf .. sya risau nieh ... 
cepat la on henset tu
siyess .. sya blur tersangat-sangat
grrr ~ nieh mesti celcom pon wat hal kan ..
t kite boikot ye , kite tukar pakai yang laen plak ye sayang ...
hmm .. cepat la on henset tu ..T.T " 

______________________________________________________________________

Friday, July 8, 2011

nak cuti lagiiiiiiiiiiiiiii

hai guys , 
ade lagi entry untuk korangkorang semua
actually , entry nieh nak gtawu pasai 
* mood yang ta sebrape nak OKEY *
well , cuti dah abes mehh 
besok dah kena daftar 
read carefully 
* BESOK 8 JULAI 2011 *

grrr ~ JMTi boleh tak nak cuti lagi 
2 hari pon boleh laa 
janji cuti
boleh x ?
* bace dgn muke yang agak comelcomel sambil kenyit mate yea *


the end of story , 
besok muktamad kne balik sane 
tade yg boleh ubah dah 
hmmm ~ 
ta best nye cuti nieh
kejap sangat


oh haaa ~ before tlupe 
THANK WOK pde
sume orang yang rajin singgah , pastu klik jadi follower
waaa ~ suke nye dalam hati nieh
even blog sya ta bape nak cantek , havoc cam yg laen
korang singgah jge kan
terima kasehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :)

papaii guys , love you ! 
tsf da btolak balik ..
besok sampai laa ..
*_________________*




Thursday, July 7, 2011

24 7 = L O V E

hai  semua  sehat kan ? *good* 
semua senyum sampai ke telinga pleaseee ...
*cheeseeeeeee .. comel nye ..*
hahaha 
senget je kan , actually 
habit nieh 
( jadi senget )
bcoz of JMTi ..
besok dah kne balik laaa ..
wuhooo ~
tamaw balik awai awaiii
bosann taw dak ..


hmmm ... pleaseeee , i wanna to stay at home 
*MORE* 
fine , semua student JMTi besok jangan lupe yea ..
esok DAFTAR , tolong siap kan diri anda yeah ..
kepada yang baru nak balik tu 
safe journeyyyyyyyy ! 


oke , nieh ade sket gmbr mase sya dekat uniKL ,melaka 
errr ~ pelik ? 
hehehe .. g sane maen netball la guys 
tapi hampa , 
netbal JMTi kalah 
:(


kak shera , kak zata , me , kak huda

go go go JMTi

me , kak wae

see , semangat JMTi oke ..baju same kaler dgn bndera  

tersesat laa pic nieh .. best gila group nieh
nie mase kem bomba & jpam
siyes ! HEBAT
tangan ke bahu , mata ke atas
*geligeli*



oke guys ,
gtg now ..
nanti sya share lagi dekat blog nieh
jgn lupa
1 ramadhan dah semakin hampir ,
pada yg belom abes ganti pose ag
cepatcepat la yea

papaii , t layan lagu percaya padaku by ungu
siyes , besttt ..



Saturday, July 2, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita =)

tersenyum manis kan ble nampak title nieh .. tadi sya bru bace kat iluvislam.com ..jom kte bace same same yea ..



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
- Sumber gambar : allisina.org