To handle yourself , use your head , to handle others , use your heart

Wednesday, February 13, 2013

part 1 : ORKED



"ked , sudah-sudahlah tu menangis ye nak " 

orked memandang sepi ibu angkatnya . puan salmi . sudah 24tahun puan salmi menjaganya , mengasuh orked bagai anak sendiri walaupun ditentang habis-habisan oleh keluarga puan salmi yang lain . 

" orked tanak kahwin dengan dia tu umi "
"orked tahu dia pun tak suka orked , hari tu masa diorang semua datang , kenapa dia tu tak datang , padahal dia patut tengok orked . bakal isteri dia yang dipilih oleh ibu dia . sampai hati ibu dia kan umi . sebab hutang ayah , dia orang suruh kahwin dengan anak dia . orked tak suka . orked tak suka ! " bentak orked . 

esok adalah hari yang bakal mengubah hidup orked . hari yang malang bagi orked . disebabkan hutang ayahnya kepada tengku adli , orked yang menjadi galang ganti . 

*****************

" aku terima nikahnya Orked adriana bt abdullah dengan mas kahwin rm200 tunai "
sah , sah , sah .

didalam bilik , orked resah , matanya bengkak , lantas menunjukkan dirinya dikahwin paksa . semalam entah pukul berapa dia tertidur . inai dijari dipandang suram . perlahan -lahan manik putih mengalir dipipinya . lesu . hari ini tangungjawab nya bakal berubah . menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dikenali . tengku iskandar bin tengku adli . 

"ked "
 orked pantas melihat . ked , hanya umi nya yang memanggil nama itu . tersenyum orked memandang . 

"dah boleh senyum ye anak umi ini ?" sapa uminya . 
" umi , orked tak senyum sebab kahwin dengan dia tu la umi . orked senyum sebab umi panggil ked . ked kedd keddd . hihihi "

"anak umi ni , nanti jangan lupa umi . kamu tu dah sah jadi isteri dia , jangan derhaka . ikut cakap suami ye sayang . walau macam mana pun yang terjadi , ked kena ingat . ini terjadi ada hikmahnya . mungkin dah tercatat jodoh kamu berdua . umi minta maaf sebab dah libatkan orked . maafkan ayah dan umi ye orked "

tukkk tukk . bunyi pintu diketuk . cepat - cepat orked mengelap air mata nya . cupp . terasa hangat dahi orked . ish , tak guna punya lelaki . suka hati dia je nak cium aku . 

klik klik klik . pancaran cahaya dari kamera menyilaukan pandangan orked . belum sempat orked memandang suaminya . terus ada berita yang kurang menyenangkan .

" orked , sekarang juga kamu balik ke rumah mummy . mummy ade buat majlis sikit "

aku hanya menganguk lemah . semalam , umi sudah memberitahunya . selamat dah kemas baju semua . 

***********************
"kau jangan ingat kau duduk sini , kau akan dilayan macam puteri raja . sekarang ni kau pergi kemas dapur , tolong bibik ! " bagai dentuman guruh suara datin nora memberi arahan . 

eh , hujan pula disini . kiri kanan orked memandang . mana majlisnya . sunyi sepi je banglo ini . . ish ish , dasar orang kaya . kalau dah rimas dengan orang miskin , ada saja alasan nak larikan diri . setelah menolong bibik didapur , orked membawa begnya ke kamar tengku iskandar . 

tuk tukk . 

terdengar jeritan dari kamar itu . orang kaya memang suka menjerit agaknya . gumam orked sendirian . 

" abang , saya nak letak mana beg ni ? " tanya orked perlahan . 
"ko nampak ruang kecil tepi tu ? tu tempat ko . ko tidur sana ! jangan harap nak tidur dengan aku . bilik air ni , ko cuci lepas guna , tv tu , ko jangan buka . ko jangan nak anggap bilik ni bilik ko . faham ! " tegas suara tengku iskandar . 

" hah ! lagi satu , jangan nak panggil aku abang . aku bukan abang ko . panggil aku is . tengku iskandar . faham ? dekat luar , jangan tegur aku . faham ? " belum sempat orked menjawab .

" yang ko ni pahal terpacak lagi . berambus laaa ! "

siap mengemas barang dan baju yang dibawanya . orked bangun menghampiri suaminya . 

"awak , bantal saya takde ke ? selimut ke ? sejuk la . hujan kat luar tu " tanya orked . 
"takde ! "

aku baring dilantai itu . sejuk . hanya tuhan saja tahu . saat itu , aku hanya mampu menangis . menangis mengenang nasib diri .  

**********

6.30 pagi . lambatnya aku hari ni . pantas aku mandi . selepas solat subuh , aku bersiap . lambat betul anak orang kaya bangun . tak solat ke . nak kejut ke tak eh . nanti dimarahnya aku lagi . ah , biarla . sesudah siap , orked turun ke dapur . senyap je . tak bangun lagi ke diorang ni ? oh , ada bibik rupanya . 

" mari saya tolong "
"eh , janganlah . puan harus duduk saja . biarin saya siapin semuanya ya . "
"jangan la macam ni , dekat rumah umi , saya yang selalu siapkan sarapan . biar saya tolong ye "


**********************

orked adrianaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! kus semangat aku . apahal anak orang kaya ni ha . menjerit pagi pagi ni . 

" knapa ko tak kejut aku ha ? ko ni isteri apa eh ?"
" err , saya . sayaaa ..."
"dasar perempuan bodoh ! "

aku diam tanpa kata . ada saja salah aku . 

" bodoh , asal ko kejut aku ?"
" ko ni pekak ke aku panggil " 
" ko ta reti buat air ke ?"

sepanjang 7 bulan aku berkahwin , belum pernah aku dengar suara tengku iskandar berlembut . asyik jerit ,. marah dan marah . entah apa salah aku . semua yang aku buat , semua nya salah dekat mata dia . itu la , ini la .

" awak " . usul orked . 
" boleh tak saya nak keluar cari kerja ? "
"tak boleh , jangan harap ko boleh keluar"
"tapi awak ... "
" eh , ko faham ke tak sebenarnya ? ko apa hal yang nak kerja sangat ? selama ni ko makan free je , tidur tak kena bayar . ko tak reti bersyukur ke ? ke ko nak cari lelaki lain ? "
" awak , saya nak minta kebenaran awak untuk cari keja . bukan saya suruh awak menghina saya macam ni , saya pon tak tahu kenapa saya boleh kahwin dengan awak . kenapa saya kahwin dengan awak . "

terdiam tengku iskandar . belum pernah orked melawan cakapnya lagi . hari ni , tiba-tiba saja orked berani melawan nya . 








1 comment:

ORKED Reader said...

Part 2! Part 2!