To handle yourself , use your head , to handle others , use your heart

Sunday, March 31, 2013

# kosong hati . kosong perasaan




" seringkali aku menjadi gelisah begini .
mencuba memahami apa itu perasaan .
bila sedih berduka .
ada seseorang yang menemani .
bila suka gembira .
ada yang turut serta .

aku tak bodoh .
dalam menanti apa itu jawapan yang kau bakal beri .
dan aku tak bodoh untuk menangis minta simpati .
dan aku tak bodoh untuk pura - pura disayangi .


tak perlu rasanya .
menagih kasih pada yang tak sudi .
buat diri rasa tidak dihargai . "


kertas kosong dipandang sepi .
sekosong hati si penulis .


1254 malam . 
aku menaip lagi . 
cuba melelapkan mata , tapi tidak bisa . 
assalamualaikum :)
penulis blog kering idea . maka terhasillah ayat jiwang untuk malam ini . 



Wednesday, March 27, 2013

buat sahabat :')


malam tiba sekali lagi 
saat ini aku masih kaku 
sedar antara tidak 
usah dikira .

malam sepi ditemani bulan 
masih setia menemani malam 
cahaya terang menyerlahkan langit .

usah dicerita perihal diri 
moga bersembunyi menjadi rahsia .
antara kau dan aku menjadi memori
untuk diingati sepanjang hayat .


#sahabat usah berduka 
jadikan kisah cintamu sebagai kenangan

randoms

peritnya bila batuk tak henti henti
peritnya bila fikir esok kerja
peritnya bila tak boleh tido dsebabkan batuk dan selsema
:(

#randoms

darah mengalir umpama air
setitis demi setitis
aku pandang
aku senyum

kesilapan sendiri .
usah gundah wahai hati .
tiada lagi bakal menyakitimu .
akan aku jaga sepenuh hati .
melindungimu dari disakiti .

aku lihat .
darah mula kering .
mungkin masanya untuk dilitupi
sebelum parut berbekas lagi .

# kekadang bila kita bfikir sila cari masa dan tempat yg sesuai . T.T
waaaa !  sakitnya jari ni .

Tuesday, March 26, 2013

#hati

malam dingin
angin bertiup seirama hati
membawa perasan gelisah pergi

suram duka malam ini
bila hati disapa memori
untuk apa lagi ia muncul kembali

gelisah aku kesana kemari
cuba mencari jawapan yang pasti
namun gelisah bertakhta lagi

perasaan didalam merajai hati
ingin berkuasa tahluki jiwa
cuba berfikir apa yang bakal terjadi
bila hati menguasai diri


Saturday, March 23, 2013

sempurnakah kita ?



bila kita memilih yang sempurna .
fikirlah yang tidak sempurna .
belum tentu kita dalam golongan yang sempurna
untuk memilih sesuatu yang sempurna .

dan bilamana orang yang tidak sempurna memilih kesempurnaan .
yakinlah diri , bahwa tiada yang sempurna .

bilamana kita didalam kegelapan .
cahaya yang menerangi jalan .
dan bilamana kita dalam kesesatan .
yakinlah . ada jalan keluarnya .

: hujan di pulau pinang .
assalamualaikum . :')


sepi menemani .



satu persatu hilang dari mata
dan semalam .
ianya hilang selamanya .

penat aku cari .
lelah yang aku dapat .
dan dari sudut kecil .
aku lihat kau .
tersenyum memandang .

aku toleh . dan aku senyum kembali .
dan kau terus mengapai tangan .
bukan aku .
tapi seseorang .
yang aku kenali .
dari dulu lagi .
dan kau sinis memandang .

tunduk sepi .
hati sepi .
angin berlalu membawa pesan .
kesat matamu sayang .

kuatkan hati untuk menerima .
bahawa dia bukan untuk diri aku .
bawa diri dalam sepi .
bersama remuk hati .

selamat tinggal .
semoga berbahagia .
bersama dia .
insan yang kau pilih .


: fuhh , agak agak ayat aku abis puitis dak ?
 :')

bila HATI bisa menjawab .




kata hati :

perempuan . 
walaupun selalu disakiti , dia akan cuba untuk mempertahankan sesuatu hubungan itu . 

kata hati : 

lelaki . 
walaupun sering melihat gadi lain , namun percayalah didalam hatinya hanya satu nama . 

tiada beza lelaki mahupun perempuan . 
yang pasti hati kita sama . 
sama bila berkasih sayang . 
mahu kan yang sempurna walaupun tahu diri itu belum cukup segalanya . 

dan yakinlah . 
tiada yang mustahil dalam hidup kita bila kita dah mencuba . 
berdoa dan tawakal dalam perhubungan itu . 
in shaa allah . 
:')


nota dari sudut hati : 
bilamana kita mencintai manusia sesama kita ,
janganlah melebihi dari segalanya . 







Tuesday, March 19, 2013

mac , 2013



12 ---> 15 ---> 17 ---> 21


tahun 2013 .
tahun yang cukup memberi seribu kenangan .
setiap hari yang aku jalani
terselit cerita duka mahupun suka .
kenangan tak indah tanpa memori bukan ?
manis atau pahit , usah kira .
hayati hari yang kelak menjelma saat kita masih bernafas lagi .

suku tahun telah kita jalani .
in shaa allah , setiap azam yang aku niatkan .
moga tercapai .
satu persatu akan aku cuba .

walau macam mana pon ,
akan aku ingati .
saat itu sangat berharga .
walaupun seminit .
:')



" bila engkau telah letih dan tidak bersemangat , allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya . 
bila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka , allah telah mengira titis air matamu . 
bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu , allah sentiasa bersama . 
bila engkau kebuntuan akal , maka allah adalah petunjuk jalan .
dan apabila engkau telah berazam , maka bertawakallah pada allah "

ujian .



pelbagai ujian yang datang .
kecil atau besar belakang kira .
bila kita diuji .
jangan merungut .
cubalah senyum dan yakinkan diri .

in shaa allah .
setiap ujian yang datang itu ada hikmahnya .
hadapinya dengan tenang .





Sunday, March 17, 2013

teori atau fakta ?


  • Theoretical love

  • I guess life's a mystery
  • You're fire and I'm water
  • That's just how it is my friend
  • Love is not a concept, no



  • perlahan lahan . 
  • hati kita akan berubah . 
  • saat diri langsung tidak dihargai .
  • :)
  • MANUSIA .





  • mungkin ini jalan takdirnya . 
  • hanya sekejap perasaan itu hadir . 
  • walau hanya sesaat ,
  • tapi itu sudah cukup mengembirakan . 

  • mana mungkin kita cipta . 
  • waktu indah saat begelora . 
  • pejam kan mata . hayati dunia . 
  • masih jauh perjalanan kita . 

  • mungkin sekejap sudah cukup . 
  • bagi aku , bukan kamu . 
  • jangan menyesal , jangan merungut . 
  • itu pilihan hati kamu . 

  • saat kita berduka , 
  • orang lain hanya melihat . 
  • dan saat kita berpisah , 
  • orang lain akan bertanya . 

  • sabar manusia , 
  • itu lumrah sebenarnya . 
  • manusia sering prejudis terhadap manusia lain . 

  • move on and SMILE :)
  • assalamualaikum .

  • Saturday, March 16, 2013

    hai , SAHABAT :)




    mungkin jauh jarak kita . 
    perbezaannya juga mungkin sama . 
    aku dan kamu punya pendapat 
    tapi malang tidak sependapat . 

    bila aku mula bicara 
    engkau diam bersahaja . 
    dan bila engkau bicara 
    aku jeling sahaja . 

    mungkin kita kenal lama . 
    dan lebih lama berkawan sahaja . 
    mungkin tiada yang istimewa . 
    tapi bagi aku . 
    kau sahabat istimewa . 

    dalam diam aku memendam rasa . 
    tanda kasih tanda sayang . 
    mohon kamu maafkan aku . 
    andai aku berbuat salah . 

    dan anggap saja aku sahabat 
    tidak lebih tidak kurang . 
    kerna aku selesa begitu . 
    lebih rela dianggap sahabat . 

    hai sahabat . 
    :D


     " aku tuliskan kamu lagu itu . 
    untuk kamu dari sang bayu . 
    buih buih ukir senyuman 
    agar kamu gembira selalu " 
                                                                                    ♥

    fifi natasya 


    Wednesday, March 13, 2013

    malu



    percaya atau tidak .
    aku akan malu bila aku tersalah cakap dengan yakinnya .
    contoh pagi tadi .

    " RIBUT TAUFAN "

    salah actually , ributnya cinta . itu tajuk novel yang aku nak bgtau officemate aku tadi .
    sobs sobs
    T.T

    Sunday, March 10, 2013

    #perasaan



    " hey , kenapa engkau masih mahukan dia ?
    apa kau buta ? atau pura-pura suka ? "

    annoyingnya aku rasa bila aku tulis entry pasai perasaan cinta . mohon mengerti diluar sana . 
    perasaan ini banyaknya . pelbagai . mohon jangan salah erti dan keep asking  r u in relay with somebody ?
     -.-

    perasaan . mari aku terangkan dari segi bahasa mahupon syarak . muehehe :3
    okay , bagi aku . perasaan ni ada banyak , contoh perasaan suka , sedih , gembira , duka , sayang , cinta , kasih , tade mood errr errrr . sambung la sendiri . 

    hari ni , telinga aku asyik dengar lagu yang sama dari aku bangun sampai la nak terlelap semula . i mean tido . 
    150 juta . why why why ? 

    kenapa aku perlu ulang banyak kali , and keep it repeat sampai aku dah boleh terhafal lirik ni ha ? 

    mari berfikir , kenapa aku dah suka and jatuh cinta dkt lagu ni . 
    oyasuminasai ^^




    Friday, March 8, 2013

    # mimpi semalam


    semalam . 
    lagi dasyat mimpi aku . 
    dibunuh pengganas ?
    wah , dengan pisau lagi . 

    aku hanya diam . 
    tidak membantah . 
    kenapa ?
    mungkin aku letih sangat . 

    kau mungkin pengganas . 
    ganasnya  kau bersama pisau tajam . 
    kenapa ?

    mana pergi cacian kau ?
    yang kau dabik kan sangat . 
    dan mana pergi suara kau 
    saat aku menjerit ditepi telinga kau . 
    mana mata yang merenung tajam aku dulu . 
    kenapa kau litupinya ?

    aku hanya disitu . 
    memerhati kamu . 


    kenapa aku sering bermimpi ? dan mimpi aku sangat menakutkan . dan semalam aku rasa paling menakutkan.  kenapa aku dengar suara suara itu . :'( i need a rest . please go away nightmare .

    unlike YOU



    I WISH I FOUND SOMEONE UNlike YOU .


    YOU KNOW MY NAME , BUT NOT MY STORY :')


    seriously , i HATE you .
    hate all things about you .
    please go away .
    fullstop .
    goodbye OLD memoris .


    # cermin



    tak kuasa aku nak melayan kamu .
    mohon kau cari teman yang lain .
    jika mereka sepertiku ,
    mungkin dalam masa 24 jam ,
    mereka akan pergi meninggalkanmu

    mahu teman yang baru ?
    cari cermin besar , letak dihadapanmu .

    cakap biar berlapik ,
    kalau salah tunjukkan .
    bukan mendabik .

    "manusia tiada yang sempurna"

    Thursday, March 7, 2013

    jumaat yang lalu , ada kenangan




    malam bertamu 
    bulan menyapa . 
    sembunyi ia dibalik awan . 

    aku pandang . 
    aku senyum . 
    indah malam dihiasi bintang . 

    aku kira bintang dilangit . 
    agar aku berjumpa bintang terang . 
    dari jauh aku mohon . 
    sampaikan rinduku pada dia . 

    -al fatihah-



    kawan yang aku kenal dari sekolah rendah . dan masih berkawan rapat hingga kesekolah menengah . walaupun kami tak sekelas . aku masih rapat  , namun belum puas aku mengenali dirinya , dia pergi tinggalkan aku dan yang lain . setiap jumaat , msg aku terima . ajakan darinya . teman ke pasar malam berdekatan . walaupun sekejap sapa hai hai , tapi itu kenangan . dan aku masih ingat , kau pendengar setia aku . aku sedih aku gembira , aku akan mengadu , even benda sekecil hama  . dan kau yang tak pernah jemu , buatkan aku gelak , walaupun dirimu berduka . :') 
    aku rindu kau sahabat . dunia dan akhirat . alfatihah nizam .  

    aku rindu , tapi dari jauh .




    jauh dalam lubuk hati . 
    aku rindu . 

    tersemat dihujung fikiranku 
    akan kamu . 

    yang masih belum wujud . 
    tunjukkan dirimu . 

    aku sabar menunggu . 
    dan tetap menunggu . 

    dari jauh . 
    aku rindu . 
    rindu aku berlalu . 
    bersama angin petang yang mendayu . 

    aku rindu . 
    aku diam . 
    aku fikir kau begitu . 
    namun aku silap . 
    kau tak wujud . 

    aku leka . 
    mahu mengenali dirimu . 
    namun aku lupa . 
    kau dan aku . 
    tidak mungkin bersatu . 
    kamu ada dia . 
    aku ada kamu . 

    lebih baik kau diam .




    manusia ada mulut bisa bicara . 
    kosong mahupun berisi belakang kira . 

    kau diam . kau tak faham aku . 
    kau angkat kaki . berambus dari sini . 

    kau tak tahu . kau diam . 
    jangan masuk campur . lebih baik kau diam . 

    jangan tanya aku . 
    baik kau faham sendiri . 


    fifi natasya 











    Monday, March 4, 2013

    anak muda menginjak usia remaja




    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ

    semalam .
    aku lihat luar sana .
    masih bising kedengaran suara manusia .
    cuba aku memerhati .
    alangkah sedih hati .
    manusia sekecil adik aku .
    anak - anak melayu pentingnya .

    suara memecah keheningan malam .
    aku hanya diam memerhati .
    ingin ku tegur , tapi beringat pada diri .
    siapa aku ?

    jam mengorak laju .
    perlabuhan sudah kelam .
    bulan tinggi diatas sana .
    jalan gelap gelita .
    tapi masih ada suara manusia .

    aku diam .
    masih memerhati lagaknya .
    malangnya aku ,
    tak punya kekuatan menegur .

    aku rela dipenjara daripada dibiarkan

    - anak muda menginjak usia .

    Sunday, March 3, 2013

    MAC , 2013



    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ


    Assalamualaikum sikacak dan sicantik . 
    hiks ! mari melangkah ke bulan MAC . 
    ho yeahh ! finally , dah masuk bulan mac , and aku hanya tinggal lagi 3 bulan untuk habiskan diploma aku . yess yesss ! mohon forwardkan masa secepat mungkin . hehe :D

    jumaat lepas , aku g jmti . wahwahwawhh . rindu sangat dekat bangunan biru ni *kononnye* . 
    hehe . niat asal nak pi amek baucer buku actually ,tu yang kalut pi jmti . lepas ni tak boleh nak amek cuti dah . SOBS SOBS :'( 

    sambil mlencong kat jmti tu , naik gi department . fuhh . ingatkan incik incik kat sana dah lupa muka comel ni :'(
    rupenya takkkkk . hiks hiks . teruja sangat . incik incik siap tanya nak sambg study sini lagi ke ? haha . of course la incikkk ! sayang sangat dkt incik JMTi . 

    then sembang -sembang dgn kj . tanya pasai advance , degree and master semua . pastu .. oh lupa , aku dtg jmti dgn kawan . roomate aku . -.- kami dua lepak dekat depan department . sembang pasai lecture . ^^

    gua : bayangkan kalau kita jadi lec dkt jmti . 
            * kitorang dua ni tak penah bmake up , sebab tu tibe2 timbul dialog alah ni *

    ex roomate : pakai lipstick merah menyala . pastu muncung - muncung . 

    gua : banganggg ! * time tu masing - masing dok buat mulut muncung ala - ala donald duck *

    ex roomate : mulut kecik jaa . lps tu bila abeh cakap ja , pakai balik lipstick . bagi merah jaa . 

    gua : letak cermin atas meja , asal cakap ja pandang cermin . 

    * time tu memang kami dua gelak bagai hantu dah * seriussss ! 

    gua : bayangkan jadi lec pakai jubah bagai . kira islamik laa . 

    ex roomate : pakai sarung tangan bagai . 

    gua : make sure student lelaki tak masuk kelas lagi . kena pi tulis siap- siap . bila dah abeh tulis , baru soh student lelaki masuk . *gampang gila kalau ada * haha

    ex roomate : buat board boleh pusing - pusing . 

    * gilaaa ! time tu memang tak boleh nak control gelak weh . smpai semput . rasa nya nak buat vlog . rekod lagi best . hehe * 

    dah tak ingat dialog nye , yang pasti kami dua memang kerja gelak . asyik gelak gelak dan gelak . benda tak lawak pon kami boleh bagi lawak . mohon nanti sikacak dan sicantik undi raja lawak nanti . hehe .