To handle yourself , use your head , to handle others , use your heart

Wednesday, April 27, 2016

Abah


okay hi ! tadi masa online facebook , aku nampak satu news " temui ajal semasa tunggu hari konvo anak " Allahuakbar . sesungguhnya , aku merasai semua itu . masa aku konvo , abah dah tak duduk dekat penang , abah balik kampung dia , kedah . once abah dah balik sana jadi jauh semua orang untuk tengok abah . first sekali , abah sakit . yaa sakit dan tadak sapa yang boleh jaga abah . abang dengan ijam masing - masing kerja dekat kuala lumpur , nabila still dekat uitm tapah . dan aku ulang alik setiap minggu dari JMTi .

hari sebelum konvo aku , abah datang penang naik bas . abah dah tak larat nak drive , aku hanya iyakan saja . first aku takmau abah mai konvo aku langsung , aku takut abah tak larat . allahu , allah maha mengetahui . konvo kedua aku tahun ni , abah takkan datang langsung :'(


entahlah , masa duk taip ni air mata aku meleleh . sedihnya  , ada satu masa tu aku tak cukup duit , selalu aku minta dekat abah ja . abah la bank aku selama ni , tapi bila aku teringat abah dah tadak , aku jadi kosong terus . masuk bilik air aku menangis kat situ . malu nak menangis depan orang sebab orang lain tengok aku kuat . hemm ,


al fatihah abah . tunggulah kalau akak kuat nak menaip lagi entry ni .

No comments: